Ahad, 9 Oktober 2011

Selamat Datang ke Blog Ini

Dalam meniti era globalisasi yang serba moden berbagai peralatan penyampaian isi pelajaran seperti komputer riba , projector , Radio , Televisyen  dan tidak kurang juga penggunaan perawaian internet dan laman sesawang , Youtube dan sebagainya digunakan secara meluas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan seperti ini perlu ada bukan sahaja untuk pendidikan di sekolah-sekolah rendah bahkan perlu juga di adakan di sekolah-sekolah ugama.  Maka kesedaran dalam menyalurkan ilmu yang berasaskan kerohanian dan akidah  perlu ada dalam diri setiap individu dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran melalui penggunaan ICT. Ini bukan sahaja membantu memudahkan pengajaran guru bahkan boleh menarik minat murid untuk mangikuti pelajaran yang diajarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan